The New Malaysia

Friday, June 6, 2008

Kenaikan Harga Minyak dan Tarif Elektrik

Rabu lalu kerajaan telah mengumumkan penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas adalah membabitkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter menjadi RM2.70 seliter dan diesel pula naik RM1 seliter kepada RM2.58 seliter.Apakah reaksi orang ramai termasuk saya?Ayuh bersama-sama mengupas isu ini lebih dekat lagi.

Demonstrasi kini merata-rata.Kerajaan juga sedar bahawa keputusan tidak popular ini boleh dieksplotasi oleh pembangkang.Malah,sebarang kemungkinan boleh berlaku pada Pilihan Raya Umum 13 akan datang.Sudah tentu,kenaikan harga minyak dan tarif elektrik akan mengundang lagi kekecewaan rakyat.Apakah natijahnya ini semua?Adakah kita masih boleh berbangga mendakwa harga minyak kita lebih murah dari negara jiran?

Berbincang mengenai harga minyak negara kita dan Singapura,memanglah kita lebih murah dan kini sedikit murah.Sebelum ini,kerajaan melarang mana-mana pelawat yang masuk ke Malaysia mengambil kesempatan mengisi minyak.Rakyat Malaysia majoritinya menyokong langkah ini kerana melihatkan subsidi adalah hak rakyat manakala pengusaha miyak menemplak idea tersebut kerana khuatir perniagaan mereka akan bungkus.

Apa yang saya hendak lontarkan ialah,impaknya pada rakyat berpendapatan rendah.Sebelum ini,dalam laman blog Tun Mahathir menyatakan kuasa membeli kita jauh lebih murah.Jika dibandingkan dengan UK dan US yang masing-masing harga minyaknya RM7 dan RM5,tetapi kesan ini tidak mengapa bagi mereka.Ini kerana pendapatan minima mereka perkapita adalah tiga kali daripada kita.Kini sektor awam di Malaysia misalnya,berapa sangatlah gaji dan sektor swasta juga lebih kurang sama.Jangan terperanjat jika gaji minumum pun hanya RM500 sebulan.Macam mana nak survive kan?

Seharusnya,pemerintah lebih peka terhadap isu gaji rakyat.Ramai dikalangan kita mengeluh:

Minyak naik,api naik,beras naik,tapi gaji masih sama...
Kelakar juga apabila mendengar keluhan rakan saya yang berbangsa cina;
Nampaknya,wa kena simpan wa punya kereta dalam rumah.Baik wa beli scooter,lagi jimat maa...
Kereta Mitsubishi Lancer 2.0 terpaksa disimpan dirumah.Jika full tank beliau sebelum ini RM140,kini beliau terpaksa membayar Rm180 3 hari sekali.Jika dikalikan RM180 x 10 kali = Parah...

Saya ingin menyarakan agar berbilion ringgit yang dapat dijimatkan itu digunakan untuk menaik taraf kemudah awam dengan membina sistem pengangkutan ringan seperti di Kuala Lumpur di banadar-bandar besar seperti Pulau Pinang,Johor Bahru,Ipoh dan Kuching.Di Singapura,rakyatnya tidak risau akan kenaikan minyak kerana sistem pengangkutannya jauh lebih bagus dari kita.Saya tidak tahu mengapa menteri-menteri tidak dapat melihat isu ini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri mereka tewas teruk pada PRU13 akan datang..





Read More

The Star Online: Columnists

Virus Bulletin

Advertisement