The New Malaysia

Friday, May 23, 2008

Pulau Batu Puteh sah milik Singapura.

May 23 membawa satu membawa kepada satu penyelesaian buat Malaysia dan Singapura.Setelah hampir 28 tahun bertelagah siapa yang berhak ke atasnya.Walaubagaimana pun,Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong apabila ICJ ataupun The International Court of Justice dengan majoriti 15-1 memutuskan Middle Rock dan South Ledge milik Malaysia.Singapura dengan majoriti 12-4,membawa pulang Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca. Info lanjut mengenai Batu Puteh di Wikipedia.

Menteri Luar Malaysia,Dato Sri Rais Yatim ketika disoal oleh wartawan menyatakan "win-win" situation.Tapi adakah benar?Apakah yang kita menang sedangkan pulau itu sah milik Singapura?

Kawasan perairan di sekitar Pulau Batu Puteh khususnya melibatkan jumlah perdagangan dunia hampir 40%.Saya tidak dapat merumuskan apakah faedah disebalik kemenangan ini.Namun,yang pasti batu-batu disekitar Pulau Batu Puteh telah banyak menyebabkan kemalangan kapal-kapal.Middle Rock dan South Ledge dimenangi Malaysia kerana kedudukannya yang sememangnya terletak dikawasan perairan Malaysia.

Di Singapura,menteri-menterinya menyambut gembira dengan berita ini.Dengan kemenangan ke atas Pendra Branca,sekali lagi tamparan buat Malaysia.Namun,di atas semangat kejiranan dan Asean,Rais menjelaskan ianya "win-win" situation.Sudah tentu rakyat Malaysia kecewa.Persoalannya kini,siapa adik,siapa abang?

Cakap Tak Serupa Bikin mem-blog dengan interaktif mengenai Pulau Batu Puteh,South Ledge dan Middle Rock.Anda mungkin ingin melihat 2 batu yang dimenangi kita.

No comments:

The Star Online: Columnists

Virus Bulletin

Advertisement